Pergerakan dalam Gimnastik Berirama

Imbangan bergantung kepada kedudukan pusat graviti dan keluasan dasar. Pusat graviti yang rendah dan dasar yang lebar adalah lebih stabil berbanding dengan pusat graviti yang tinggi mewujudkan kurang kestabilan.

Image result for contoh baju gimrama


a) Pergerakan Imbangan.
Teknik imbangan dengan sebelah kaki di hadapan.
1. Posisi bermula dan berdiri dengan tegak.

2. Berdiri di atas sebelah kaki dan angkat kaki sebelah lagi.

3. Berdiri di atas bebola kaki dan unjurkan kaki yang diangkat. Kekalkan kedudukan ini selama dua saat.

4. Turunkan kaki dan melangkah ke hadapan dengan kaki yang sama.

5. Rapatkan kedua-dua belah kaki.

  •  Imbangan di atas boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan tangan seperti mendepakan tangan atau meletakkan tangan di pinggang. Imbangan dengan sebelah kaki di hadapan boleh juga dirangkaikan dengan alatan misalnya gelung dan tali.

Teknik Imbangan dirangkaikan dengan gelung.

Related image


1. Posisi bermula. Berdiri dengan merapatkan kaki, pegang gelung dengan sebelah tangan.

2. Genggam gelung, tapak tangan di sisi badan. Bengkokkan lutut dan ayun gelung sedikit ke belakang.

3. Ayun gelung ke hadapan sambil berjengket.

4. Ayun gelung ke belakang sambil membengkokkan lutut.

5. Hentikan ayunan dengan meletakkan gelung di atas lantai.

  • Imbangan ini dapat dilakukan dengan lebih baik dengan meningkatkan prestasi dalam latihan kekuatan dan daya tahan otot. Otot-otot yang terlibat ialah otot betis dan otot paha.

b) Pergerakan Melentik
Pergerakan melentik banyak menggunakan bahagian atas badan. Kemahiran yang dipelajari dalam pergerakan ini:-

Teknik dirian sebelah kaki dan melentik ke sisi.


1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.

2. Sebelah kaki melangkah ke sisi.

3. Pindahkan berat badan pada kaki yang melangkah dan naikkan paha yang sebelah lagi.

4. Lentikkan badan ke sisi kaki sokongan dan tangan mengikut pergerakan lentikan.

5. Turunkan kaki dan berdiri tegak dengan kaki rapat.

  • Teknik ini boleh dipelbagaikan dengan kedua-dua tangan lurus ke atas atau sebelah tangan di pinggang dan boleh disertakan dengan alatan seperti gelung, reben atau kayu.

Teknik melentik dirangkaikan dengan selendang.


Image result for contoh baju gimrama


1. Mulakan posisi. Berdiri tegak dan kedua-dua belah tangan lurus ke atas.

2. berjengket seketika dan terus unjurkan sebelah kaki ke hadapan.

3. Lentikkan badan ke belakang dan angkat lutut hadapan.

4. Turunkan kaki dan tegakkan badan.

5. Berdiri tegak dan rapatkan kaki.

  •  Teknik ini dapat dilakukan dengan lebih baik jika prestasi kelenturan dan kelembutan dapat ditingkatkan melalui senaman yang kerap. Otot yang terlibat adalah abdomen dan belakang pinggang.


Blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started