Pengenalan

Sejarah Gimnastik

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai 100 tahun selepas itu.
Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai gimnastik serta tempat senaman ini dikenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka mengatakan gimnastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan.

Tamadun Roman telah menggunakan gimnastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem ketenteraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaiki dan menuruni kuda. Kesannya sehingga sekarang, lombol dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493M, pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan Sukan Olimpik Purba. Kesannya, sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.

Blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started